Skip to content

Kenali KedaiJahit.com

KedaiJahit.Com dibina bedasarkan hubungan yang erat antara kami dan pelanggan- kedengaran agak klise, tetapi itu BENAR. Kami di KedaiJahit.com percaya bahawa perniagaan dan pertumbuhan berulang berpunca dari usaha hebat yang membuatkan pelanggan kami kembali- BUKAN mengharapkan keuntungan semata-mata, tetapi perkongsian sejati dengan hasil yang dapat diukur. Inilah sebabnya mengapa banyak pelanggan kami telah bersama kami selama lebih 10 tahun dan kami berharap untuk berkongsi pelbagai lagi rekaan yang menarik di tahun yang akan datang. 

Anda suka, Kami Gembira!
Anda bermasam muka, Kami tidur tak lena

1

Gambar model berpakaian hitam ini adalah rekaan yang telah Zulfadli Nasir persembahkan pada Malaysia International Fashion Weeks (MIFW) pada tahun 2009 di Pavilion, Kuala Lumpur. 

Rekaan ini bertemakan ‘Aladdin’, yang mana beliau cuba untuk memberikan gambaran bagaimana jikalau Aladdin muncul di dunia nyata ini. Bagi mengekalkan ‘Arabic Looks ‘ ini beliau telah membuat gabungan Harrem Pants dan bengkung bagi menggantikan sampin juga di modenkan dengan penggayaan kemeja. 

Itu adalah tanggapan beliau sebagai pereka fesyen terhadap Aladdin, bagaimana dengan interpetasi anda? 

Antara penghargaan yang diterima oleh beliau, Zulfadli Nasir (Pemilik KedaiJahit.com) yang mana diantara salah seorang pelajar di International Fashion Trainning Center (IFTC) – Dinobatkan sebagai antara 10 pelajar terbaik pada tahun 2010

Piala: TOP 10 STUDENT 2010 IFTC

Antara penghargaan yang diterima oleh beliau, Zulfadli Nasir (Pemilik KedaiJahit.com) yang mana diantara salah seorang pelajar di International Fashion Trainning Center (IFTC) – Dinobatkan sebagai antara 10 pelajar terbaik pada tahun 2010

SSM: ZULFADLI NASIR LEGACY

REG NUM: 003052128-T

Sebelum Zulfadli Nasir menyambung pelajaran ke bidang fashion, beliau di rumah amat minat dengan seni jahitan. Beliau telah pergi ke kedai untuk meminjam mesin jahit dan bayar seperti CyberCafe – mengikut jam. Pertama dulu beliau tidak jahit baju, sebaliknya beliau mulakan ilmu jahitan dengan menjahit bag.

Daripada beliau mula jahit hanya untuk suka, kemudian mendapat pelanggan dan ramai yang meminta pesanan mereka mengikut design khas yang mereka inginkan. Dan mula lah beliau timbul rasa minat yang lebih mendalam dan berniat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai seni jahitan ini dan tidak hanya berhenti di sini.

Mengenai Kami

‘Puteri Hang Li Po’ di Islamic Fashion Festival (IFF)

Zulfadli Nasir bergambar bersama artis tempatan Malaysia, Ifa Raziah (salah seorang artis jemputan bagi memeriahkan lagi majlis pada malam tersebut) semperna pertunjukan fesyen beliau di JW Marriot, Kuala Lumpur bertemakan ‘Puteri Hang Li Po’

Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil

Pencapaian Terbesar - Menerima Anugerah Penghargaan dari Raja Muda Perlis

Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil

Kenangan Terindah!

Sepanjang Hayat

Antara penghargaan yang paling besar pernah beliau terima sepanjang penglibatan di dalam arena Fesyen Tanah Air adalah Anugerah Penghargaan dari Raja Muda Perlis yang turut serta menghadirkan diri mencemar duli ke pertunjukan fesyen beliau di JW Marriot.

Turut disaksikan oleh barisan pereka fesyen tempatan yang lain seperti (dari kiri atas) Zery Zamri, (sebelah beliau) Fiza Azukarnain Couture, (sebelah beliau) HOUSE OF WANPA yang mana turut serta memeriahkan lagi pertunjukan fesyen pada hari tersebut dengan mempamerkan koleksi terbaru mereka pada hari yang sama.

 

 

video fesyen show kebaya putih digaya bersama dress sesuai untuk majlis angkat nikah
Pautan: Youtube

Fashion show

‘Bidadari’ – MIFW

Antara pertunjukan fesyen yang telah disertai oleh Zulfadli Nasir bertemakan BIDADARI di Zebra Square jemputan Malaysia International Fashion Weeks (MIFA)

Video pertunjukan fesyen pereka dari malaysia bertemakan Love in Paris
Pautan: Youtube

Fashion show

‘Love’in Paris’ – MIFW

Pertunjukan fesyen yang berikutnya telah disertai pada hari yang sama oleh Zulfadli Nasir bertemakan Love’in Paris di Zebra Square jemputan Malaysia International Fashion Weeks (MIFA)

Tempahan Individu dan Tempahan Pukal

Kedai Jahit | Sulaman Manik | Sulaman Kerawang

Perkhidmatan merangkumi Tempahan Jahitan bagi Lelaki dan Wanita juga kepada pelbagai peringkat umur 

Zulfadli Nasir Portfolio

Malaysia Newspaper

Fashion Show

Antara Pertunjukan Fesyen yang telah beliau sertai sepanjang perjalanan bergelar Pereka Fesyen tempatan

(koleksi mungkin tidak banyak namun ia akan update dari masa ke semasa)  – Harap maklum.

Lihat Koleksi Fashion Show

Media

Berikut adalah antara liputan media berkaitan rekaan fesyen beliau seperti di surat khabar, majalah dan television. 

(koleksi mungkin tidak banyak namun ia akan update dari masa ke semasa)  – Harap maklum.

Lihat Koleksi Media

zulfadli nasir fashion show with malaysia international fashion weeks

KedaiJahit.com

RTW-WEDDING-WHOLESALE

Info

Pandan Mewah Apartment Block A4, Level, 1, Jalan Pandan Mewah, Taman Pandan Mewah, 68000 Ampang Jaya, Selangor

Follow Us

FREE Khidmat Rundingan

Tempahan Jahitan
Sulaman Manik
Sulaman Kerawang