Skip to content

Servis

Tempahan Pukal

baju jubah bewarna hitam bermanik untuk tempahan pukal

Jahit pukal?

Adakah Anda mencari Tailor untuk menjahit pukal bagi koleksi anda? Atau anda ingin menjual pakaian tetapi tiada arah tuju untuk permulaan? 
Kami menyediakan jahitan pukal untuk pakaian lelaki dan wanita bagi pelbagai peringkat umur, tidak itu sahaja tudung juga kami terima.
Kalau baju telah anda jahit di tempat lain namun ada inginkan khidmat perincian dengan kuantiti pukal untuk sulam atau manik, juga kami terima.

Kuantiti pukal adalah serendah 12 helai (4 unit untuk setiap saiz – S M L XL)

Khidmat Nasihat

Saya akan menggunakan pengalaman saya dalam memberi nasihat dari segi rekaan dan penggunaan fabrik yang sesuai bagi koleksi tersebut.

Contoh flat drawing untuk baju koporat
label nama sulam bewarna hitam

Membentang Unjuran

Rekaan akan dilengkapkan dengan unjuran terperinci bagi setiap penggunaan bahan seperti jumlah kain, manik dan lain-lain bagi mendapatkan gambaran keseluruhan untuk setiap koleksi.

Penghantaran kain secara percuma

Kenderaan

Penghantaran kain dari kedai ke kilang akan dilakukan sendiri oleh saya, jadi anda tidak perlu risau berkenaan pengangkutan.

Project Liaison

Pergerakan jadual jahitan anda di kilang akan sentiasa di beritahu oleh saya dari masa ke semasa bagi memudahkan anda mengetahui peratusan projek tersebut.

Berbincang berkenaan rekaan pelanggan bersama master dan supervisor
Penghantaran jahitan pukal kepada pelanggan

Kawalan Kualiti

Saya sendiri akan melakukan semakan kualiti untuk setiap rekaan yang telah sedia untuk di hantar ke anda. 

alteration pukal dan gosok

Penghantaran

Penghantaran akhir akan diuruskan oleh saya, terpulang kepada pilihan anda untuk saya hantarkan terus ke Butik anda atau ke tempat yang anda inginkan mengikut keselesaan seperti ke rumah.