Skip to content

Servis

Manik

rsz_20131121_201716

Baju anda suram?

Jahitan manik memang menarik jika di jahit di semua pakaian, tak kira menjelang hari raya hinggakan pakaian kasual. Senang kata baju apa pun kalau letak manik kena dengan pemilihan warna dan rekaan memang akan menarik perhatian. Tambahan pula kalau nak raya, tengah hari raya waktu nak pergi melawat sedara-mara. Kalau baju tak berkilat tak raya la jawapnya.

Tambour beading

Kebiasaannya kami di kedaiJahit.com akan menggunakan teknik ini. Teknik ini dapat mengelak daripada benang di belakang kain tersangkut ke gelang tangan anda, dalam pada masa yang sama juga ia tidak mengkedutkan kawasan yang dijahit manik dan kelihatan 10x lebih kemas dari teknik jahitan manik biasa. Tidak hairanlah jika kenapa pereka di luar negara menggunakan teknik jahitan ini seperti Zuhair Murad.

teknik jahitan manik tambour beading menggunakan ram besar
Teknik jahit manik menggunakan ram cina

Di tudung, boleh?

Boleh, teknik jahit manik Tambour Beading ini tidak terhad kepada baju sahaja. Bayangkan anda boleh jadikan kerongsang dengan hanya menggunakan teknik manik ini. Antara kelebihan lain berbanding teknik jahit manik biasa adalah kalau baju anda mungkin sudah tidak muat untuk di pakai tapi manik kelihatan cantik dan bersinar lagi, anda boleh buka manik tersebut kerana ia tidak dijahit terus ke atas baju.

Dress bewarna kelabu asap untuk majlis angkat nikah

Baju saya dah jahit di tempat lain..

Untuk Teknik Jahitan manik Tambour Beading ini tidak semestinya perlu di jahit ketika pakaian telah siap. Manik di jahit di atas Sutera Organza kemudian akan di sulam ke atas baju yang anda inginkan, lebih muda juga jikalau anda telah tahu warna atau corak baju tersebut bagi memudahkan pemilihan manik.

Untuk mendapatkan khidmat jahit manik dari kami, tidak menjadi kemestian untuk anda tempah baju dari kami sahaja. Anda boleh hantarkan baju yang telah siap untuk kami sambung dengan kerja manik bagi menaikkan hasil perincian pada baju tersebut.