Promosi Baju Kurung Moden

Diskaun 50% Tempah Baju Kurung Moden Murah Untuk Tempahan ke 2

Menjelang raya yang akan tiba beberapa bulan sahaja lagi, kami di kedaijahit.com menghargai sokongan dan dorongan dari semua pelanggan yang kami hormati. Bagi menyatakan penghargaan berikut, kami sepakat untuk memberikan ganjaran potongan 50% kepada tempahan ke 2 yang dibuat di dalam 1 resit.

Ya, anda boleh berkongsi bersama rakan.

Tempahan ke-2 tersebut adalah untuk Tempahan Jahitan Baju Kurung Moden bagi yang berlining mahupun tidak berlining. Pada harga asal, adalah RM200 untuk tempahan 2 Baju Kurung Moden yang tidak berlining manakala RM300 untuk tempahan Baju Kurung Moden yang berlining. Namun dengan penolakan 50% untuk tempahan ke-2 ini, ada cuma perlu membayar RM150 untuk tempahan 2 Baju Kurung Moden Tidak Berlining dan RM250 untuk tempahan 2 Baju Kurung Moden Berlining.

Promosi ini masih di buka dan belum ditetapkan tempoh akhir. Namun begitu, anda di nasihatkan sapaya tidak menunggu hingga ke saat akhir bagi mendapatkan promosi Tempahan Baju Kurung Moden murah ini.

Anda boleh kongsikan dengan rakan mahupun keluarga tersayang dalam 1 resit

Tempahan Baju Kurung Moden ini tidak semestinya anda perlu tempah untuk saiz anda sahaja, anda boleh kongsikan dengan rakan mahupun keluarga yang tersayang. Bermakna anda boleh bersama-sama datang dengan rakan atau keluarga untuk kami mengambil ukuran, bagi mendapatkan ukuran keselesaan yang lebih tepat kami di KedaiJahit.com lebih menggalakkan untuk anda membawa baju yang telah sedap anda pakai untuk dijadikan contoh ukuran. Dengan cara ini, lebih mudah dan cepat untuk baju di siapkan.

banner promo baju kurung moden 04

Betul, Ada GAYA baru la Ada RAYA..

Penghantaran percuma juga di sediakan bagi anda yang berada di sekitar Ampang dan Wilayah Kuala Lumpur. Kami juga boleh ke lokasi yang anda selesa bagi mengambil kain yang ingin dibuat baju mengikut kawasan yang anda tetapkan, kerana rata-rata pelanggan kami sukar untuk ke kedai kami kerana mereka ada anak kecil, jadi kalau anda juga berada dalam situasi yang sama jangan risau. Kami boleh ke rumah anda.
Jikalau anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan promosi ini, sila hubungi kami di saluran yang telah di tetapkan.
Kami di KedaiJahit.com mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi meluangkan masa melayati laman web kami.