KedaiJahit.com
Pilihan anda sekeluarga

Selamat Datang, untuk makluman anda kami menerima tempahan individu juga pukal untuk Khidmat Tukang Jahit Baju, Tukang Jahit Manik dan Tukang Jahit Sulam Kerawang.

logo hijau tiffany dan hitam
Slider

Tempahan Individu dan Tempahan Pukal

Kedai Jahit | Sulaman Manik | Sulaman Kerawang

Perkhidmatan merangkumi Tempahan Jahitan bagi Lelaki dan Wanita juga kepada pelbagai peringkat umur
Slider

Kedai Jahit Pilihan Anda Sekeluarga

Anda berjaya! Selamat datang ke Dunia Jahitan Seni Kreatif, KedaiJahit.Com. Selama lebih dari 12 tahun, pasukan kami telah memberi sentuhan untuk jahitan baju pukal dan individu merangkumi Jahitan Baju, Jahitan Manik dan Jahitan Sulaman Kerawang. Kami sangat meminati apa yang kami lakukan dan selalu mengutamakan pelanggan kami.

Dari pertemuan awal hingga akhir, perhatian peribadi pasukan kami yang unik akan membuat impian anda bergelar Peniaga Online mahupun Raja Sehari menjadi kenyataan.

Kami di KedaiJahit.com sentiasa berusaha untuk mencari kelainan dan semangat untuk mencipta. Kami menantikan peluang untuk bekerjasama dengan anda dan mengalu-alukan kedatangan anda ke dunia kreatif kami.

Kurta putih dan dress merah tema kahwin di pertunjukan fesyen di pavilion bukit bintang MIFA 2010

ZULFADLI NASIR di Selamat Pagi Malaysia - RTM TV1 (Siaran Langsung)

Pengasas KedaiJahit.com, sedang ditemu-ramah oleh 2 pengacara Selamat Pagi Malaysia – TV1 untuk Koleksi Jubah dan Baju Kurung Terkini beliau menjelang Hari Raya.
Antara Perkhidmatan Yang Disediakan
Dengan kepakaran bermula dari lakaran rekaan dan pemilihan fabrik hingga ke proses jahitan baju, jahitan manik mahupun sulaman kerawang sebagai perincian, kami akan memberikan pandangan strategi inovatif dan hasil yang berkualiti supaya menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya.
Tempahan Jahitan Individu
Tempahan Jahitan Pukal
Tempahan Jahitan Alteration
Tempahan Jahitan Sulaman Kerawang
Tempahan Jahitan Sulaman Manik
Tempahan Seni Digital
Slider
Slider

Testimoni Pelanggan

Kedai Jahit Zulfadli Nasir HOME

Chantique & Co.

“It’s been several years since my first plan to collab with this marvel-licious 💋 designer but things still got in the way. I am still hoping to collab with u soon, dear!

Lemme add here, since I know my dearest Zulfadli Nasir personally. This highly acclaimed award-winning designer has won several accolades locally, graduated from an established private fashion school yet still doesn’t mind in catering to working-class people tastes and wants.

Yes indeed he has high profiles VIPs in his portfolios, but still his heart is so close to the NORMAL PEOPLE, us, rakyat jelata ^^

Kedai Jahit - Zulfadli Nasir | KedaiJahit.com IconKedai Jahit - Zulfadli Nasir | KedaiJahit.com

Pandan Mewah Apartment Block A4, Level, 1, Jalan Pandan Mewah, Taman Pandan Mewah, Ampang Jaya

5.0 27 reviews

  • Avatar arifah hashim ★★★★★ 3 bulan yang lalu
    Saya amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang telah diberikan. Selain daripada harga yang sangat berpatutan, hasil jahitan juga sangat kemas.
    Tempahan sebelum ini saya telah meminta kedaijahit.com untuk menjahit baju saya untuk dipakai
    … More menjelang raya.
    Saya juga meminta untuk ditambahkan jahitan manik dan sulam kerawang, alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan hasilnya luar dari jangkaan saya. Ramai rakan saya memuji berkenaan tempahan jahitan saya terutamanya sulam kerawang dan jahitan manik pada baju saya.
    Yang penting harga tempahan jahitan yang saya buat di kedaijahit.com ini sangat berbaloi untuk hasil setaraf pereka fesyen tempatan mahupun antarabangsa.
    Saya juga amat berterima kasih kepada owner kedaijahit.com iaitu Zulfadli Nasir atas layanan dan kesudian beliau untuk memberikan gambaran untuk hasil akhir tempahan baju raya saya dengan membuat lakaran gambar baju saya dengan teliti dan penerangan yang sangat terperinci. Beliau juga memberikan cadangan yang saya tidak terfikir bagi menyempurnakan tempahan baju kurung moden saya.
    Saya tanpa segan silu akan mencadangkan kepada rakan dan saudara untuk sebarang tempahan pakaian atau jahit manik mahupun sulam kerawang untuk ke kedaijahit.com kerana hasil yang bermutu dan harga yang sangat berbaloi. Terima kasih kedaijahit.com jumpa lagi untuk tempahan berikutnya.
  • Avatar huda nurul ★★★★★ 2 minggu yang lalu
    Puas hati dpt ilmu dr owner
  • Avatar myartfactory 3155 ★★★★★ setahun yang lalu
    service terbaik! senang nk otter baju and seluar. hari th hantar baju melayu tuk kecik kan dan potong kaki seluar sebanyak 10 helai sekejap je siap, borak borak dh siap ;))

FAQs

Berikut adalah Soalan Lazim yang kami terima

Jika anda mempunyai soalan yang sama berkenaan
Tempahan Jahitan untuk kuantiti Individu atau Pukal , Sulaman Manik mahupun Sulaman Kerawang
Sila rujuk untuk jawapan tersedia ini, atau Sila hubungi kami berkenaan soalan anda tersebut
kami akan segera menjawap sebarang pertanyaan dari anda.
Jangan risau, untuk bertanyakan sebarang soalan tidak menjadi kemestian anda WAJIB melakukan tempahan,
Kami amat gembira jikalau setidaknya jawapan kami membantu anda

Saya nak Tempah Jahitan Sulaman Manik, Tapi nak harga yang Murah. Ada?

Ada, Walaupun Jahitan Sulaman Manik kami nampak berkualiti dan mahal, namun TIDAK semua kami gunakan adalah Jenama Manik dari Jepun. Kami flexibel terhadap permintaan pelanggan. Setelah berbincang berkenaan Rekaan Jahitan Sulaman Manik dan Jenis Manik yang akan digunakan, Kami akan membuat contoh Jahitan Sulaman Manik untuk pelanggan melihat gambaran akhir Jahitan Sulaman Manik tersebut terlebih dahulu sebelum menjahit keseluruhannya. Ini bagi mengelakkan salah faham berkenaan hasil akhir Jahitan Sulaman Manik secara tidak langsung pelanggan dapat menganggarkan kos untuk keseluruhan yang akan digunakan bagi menyiapkan Jahitan Sulaman Manik tersebut.

Saya sebelum ini Badan Besar, Sekarang dah kurus. Nak Alteration boleh?

BOLEH, kami juga menerima sebarang permintaan melibatkan Alteration seperti potong kaki seluar, kecil kan pakaian, pendekkan baju atau tangan dan lain-lain lagi. Permintaan untuk kurang dari 24 jam juga kami terima tapi sila semak berkenaan jadual terlebih dahulu bagi mengelakkan salah faham. Terima Kasih

Saya dah ada baju, beli Ready Made tapi nak buat Jahitan Sulaman Kerawang dan Jahitan Sulaman Manik. Boleh?

BOLEH, Kami amat mengalukan. Kami terima Tempahan Jahitan Sulaman Manik atau Jahitan Sulaman Kerawang walaupun baju tersebut TIDAK di jahit di kedai kami dan TIADA sebarang cas tembahan yang dikenakan jika baju yang anda bawa itu di jahit atau beli siap di kedai lain. Terima Kasih
 

Hujung tahun nanti saya nak Kahwin, tapi Rekaan Baju Pengantin belum ada. Macam Mana?

Jangan Risau, Perkhidmatan Tempahan Jahitan kami didatangkan dengan Rundingan Rekaan Pakaian secara PERCUMA. Tidak kisah, sama ada anda ingin melakukan tempahan untuk ke Majlis KeramaianAngkat Nikah, Majlis Bersanding, Sambutan Hari Jadi dan lain-lain kami akan sentiasa membantu anda. Walaupun setelah mendapatkan rundingan rekaan pakaian anda Tidak melakukan sebarang Tempahan bersama kami. Kami di KedaiJahit.com percaya pada rezeki jikalau itu ketentuannya. Insya-Allah, Amin.

Adakah FAQs ini menjawap pertanyaan anda?

Jikalau tidak, sila hubungi kami. Kami di KedaiJahit.com amat berbesar hati untuk berkongsi segala ilmu yang ada dengan seikhlas mungkin. Kami percaya dengan mempermudahkan urusan anda, urusan kami juga akan dipermudahkan. Amin
Kedai Jahit Zulfadli Nasir HOME

Mudah dan Selamat!

KedaiJahit.com memberi sokongan untuk pembelian secara atas talian. Website ini juga dilengkapi dengan SSL SECURE bagi melindungi data peribadi anda. Harap Maklum

KedaiJahit.com

RTW-WEDDING-WHOLESALE

Info

Pandan Mewah Apartment Block A4, Level, 1, Jalan Pandan Mewah, Taman Pandan Mewah, 68000 Ampang Jaya, Selangor

Follow Us

FREE Khidmat Rundingan

Tempahan Jahitan
Sulaman Manik
Sulaman Kerawang

Close Bitnami banner
Bitnami